Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih!
Walaupun belum lagi ada apa-apa artikel, saya tengok dah ada yang mengunjungi blog NOOR SUMAYYAH. Mungkin pengunjung nak tahu domain noorsumayyah.com ni digunakan untuk apa.
Buat masa ini, domain ini akan digunakan untuk blog, menggunakan platform Blogger/Blogspot. Artikel-artikel dalam ini pula sekadar tulisan untuk perkongsian peribadi secara rawak, tiada sebarang topik yang difokus.
Pemilik nama NOOR SUMAYYAH masih kecil lagi. Jadi kami, iaitu SUNAN mengambil inisiatif awal untuk mewujudkan blog dan membeli domain noorsumayyah supaya domain ini tidak terlepas kepada orang lain.
Harapan kami ialah agar blog ini dapat kami maintain sehinggah NOOR SUMAYYAH dewasa dan kami serahkan kepadanya untuk diteruskan dan berharap NOOR SUMAYYAH yang sebenar akan meneruskan blog ini dengan perkongsian perkara yang memberi manfaat kepada pembaca kelak.
Sementara NOOR SUMAYYAH nak dewasa, SUNAN akan menulis di sini jika berkelapangan. Mungkin catatan-catatan yang berkaitan dengan NOOR SUMAYYAH untuk disimpan sebagai kenangan.
Sekian dahulu coretan kami.